Pages

Sunday 12 August 2012

RESEPI KEK COKLAT MOIST....YUMMMYY...

MEH TRY WAT KEK COKLAT MOIST NI...SDAP TAU....
.rugi lau tak try wat... 
raya nanti leh bagi pakwe korang makan kek yang korang wat sendiri...hehehe


 BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan coklat cadbury (untuk masakan)
100gm butter
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk penaik
susu atau fresh cream

cara-caranya:

1) pukul telur sampai kembang dan campur esen vanilla.

2) campur dengan tepung gandum, serbuk penaik,coklat powder, gula dan minyak masak.. kacau sampai sebati.

3) letak susu sedikit demi sedikit sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki.. tak terlalu pekat tak terlalu cair ok.. biar sebati.

4) letakkan kertas ke dalam bekas acuan / aluminium dan sapukan sedikit butter supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.

5) kukus selama 1 jam. check air kukusan, kalau kurang sila tambah ye.jangan sampai kering. *aku suke kek kukus sebab moist sangat*

coklat cadbury untuk masak tu cairkan, tambah sedikit butter, susu dan gula. kalau nak lagi pekat gunakan fresh cream ye..
DECORATION
*ikut suka*

1) sapukan coklat di seluruh permukaan kek
2) taburkan gula icing, gunakan penapis.. tabur dengan sekata.
3) letaklah badam di keliling kek tu, macam pagar lah kununnya.huhu
4) potong kiwi secara kepingan nipis ( buah lain pun boleh) 
dan susun atas kek

No comments:

Post a Comment